Semua produk pinjaman KOMIDA dijalankan mengikut prinsip patuh syariah dan diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah koperasi. Anggota boleh memilih jenis pembiayaan mengikut keperluan — daripada pembiayaan pelajaran hinggalah pinjaman berjamin untuk keperluan yang lebih besar.
/ 01
Pinjaman Pelajaran Paling Popular
Melabur dalam pendidikan anak anda — atau diri anda sendiri.
- Jumlah sehingga RM3,000 dengan tempoh pinjaman selama 12 bulan
- Yuran pengajian, peralatan & asrama
- Tempoh fleksibel mengikut pengajian
- Terbuka untuk anggota & tanggungan
- Kadar caj perkhidmatan adalah 2%
/ 02
Pinjaman Berjamin Dipercayai
Dana lebih besar untuk keperluan utama — ubah suai rumah, perkahwinan, kecemasan keluarga.
- Jumlah sehingga RM20,000 tertakluk kelayakan
- Kadar keuntungan 5.25% setahun
- Tempoh bayaran balik tidak melebihi 84 bulan
- Memerlukan penjamin anggota
/ 03
Pinjaman Segera Kelulusan Pantas
Untuk keperluan mendesak yang tidak boleh menunggu hari gaji.
- Jumlah sehingga RM3,000 dengan tempoh pinjaman selama 12 bulan
- Dokumen minimum
- Tiada penjamin untuk jumlah kecil
- Kadar caj perkhidmatan sebanyak 4%
/ 04
Pinjaman Kecemasan Bantuan Segera
Bantuan kewangan segera untuk anggota dalam situasi kecemasan.
- Jumlah sehingga RM500 dengan tempoh pinjaman selama 5 bulan
- Perlu disertakan bukti nyata seperti sijil kematian, sakit atau bencana diri
- Tiada caj perkhidmatan
Semua bayaran balik pinjaman tertakluk kepada had kelayakan gaji bersih anggota mengikut garis panduan koperasi.